Friday, April 24, 2009

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

Tingkatan : Tiga
Masa : 80 minit
Tajuk : Adab melayan dan menerima tetamu.
Objektif Pengajaran :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat :
• Pelajar dapat menyatakan konsep tetamu.
• Pelajar dapat membezakan adab terhadap tetamu dengan tuan rumah.
• Pelajar dapat menyenaraikan adab-adab melayan tetamu.
• Pelajar dapat mengenalpasti implikasi tidak beradab terhadap tetamu.

Fokus:
Pemahaman
• Mengetahui konsep tetamu dan adab menerima dan melayan tetamu.
Amalan.
• Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada tetamu.
Penghayatan
• Sedar mengenai pentingnya menerima dan melayan tetamu dengan baik.
Pembudayaan.
• Sentiasa menjaga hati dan perasaan tetamu.

Prinsip Islam Hadhari :
• Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
• Kehidupan berkualiti.
• Keutuhan budaya dan moral.
• Penguasaan ilmu pengetahuan

Pengetahuan sedia ada :
• Murid pernah menjadi tetamu.
• Murid pernah menyambut tetamu.
• Didikan daripada ibu bapa murid.
• Murid dapat membaca dan menulis jawi.

Inginkan RPH penuh sila klik link ini
http://docs.google.com/Doc?id=dqj466r_0f2gwknwf

0 comments:

Post a Comment

TERATAK SARA © 2008 Template by:
SkinCorner