Saturday, April 25, 2009

PENGGUNAAN COURSEWARE ATAU PERISIAN KURSUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

MOHD SYAZWAN BIN SOTIMAN

MOHD FUAD BIN ABU BAKAR

ABSTRACT

Artikel ini membincangkan mengenai penggunaan courseware yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pendidikan islam. Dalam artikel ini sedikit sebanyak pengenalan mengenai courseware akan dibincangkan. Selain itu, turut dimuatkan kebaikanan serta kelemahan penggunaan courseware di dalam bilik darjah. Seterusnya langkah penyelesaian turut dimuatkan sebagai mengatasi kelemahan penggunaan courseware tersebut.

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan peralihan proses pembelajaran cara lama ke proses pembelajaran berpandukan komputer. Bahan pengajaran dan pembelajaran diolah bentuk dengan menggunakan aplikasi multimedia serta dibangunkan dalam bentuk courseware. Konsep pembelajaran berpandukan perisian kursus merupakan suatu pendekatan baru dan mula berkembang semenjak konsep sekolah Bestari diperkenalkan. Ruang lingkup perisian kursus ini terutamanya perisian kursus bagi subjek pendidikan Islam adalah merupakan subjek-subjek yang diajar di sekolah-sekolah. Perisian kursus ataupun bahan kursus merupakan suatu perancangan isi dan strategi pembelajaran berpandukan komputer berdasarkan objektf pengajaran dan kumpulan sasaran dan seterusnya akan dipindahkan dalam bentuk yang difahami oleh komputer. Courseware ini turut menyediakan dokumentasi yang mudah difahami oleh pelajar yang bertujuan untuk memudahkan penggunaan serta memberi gambaran yang terperinci tentang sesuatu bahan kursus itu. Lazimnya, dokumentasi disediakan secara berasingan untuk guru dan pelajar yang menggunakan courseware tersebut. Pada peringkat awal penghasilan bahan kursus ini, ia disediakan dalam bentuk disket, dokumentasi bercetak dan dipakej dalam satu kotak atau fail. Tetapi pada masa kini, courseware bagi pembelajaran berpandukan komputer ini dihasilkan dalam bentuk cakera padat kerana ruangan pengstorannya lebih besar berbanding dengan disket.

0 comments:

Post a Comment

TERATAK SARA © 2008 Template by:
SkinCorner