Menurut Hamka : "Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya."
anak kelahiran "negeri land below the wind".sorang berasal dari semporna the great island in sabah dan sorang berasal dari keningau the great bisnes city in sabah..Pelajar tahun 3 sarjana muda pendidikan islam universiti malaya..Matlamat hidup ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi khususnya dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk pendidikan dan sewaktu dengannya..wish our luck dunia n akhirat..amin.
" من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته قالو:
وما جائزته ؟قال : يومه وليلته وضيافه)
ايام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة " (متفق عليه
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya,”Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi
Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Islam. Show all posts
In instructional design, the purpose of multimedia isn't just to incorporate multiple media, insert cool effects, or add complexity (which can detract from learning). Use each medium to its advantage and to combine media so that the potential learning is greater and more effective than using single elements alone.
Different Types Of Media Can Support Different Purposes.
Many of these media types and tools appeared in earlier: Figure 1-9:
Figure 10 : Rollover used to reveal hidden concepts.
Artikel ini membincangkan mengenai penggunaan courseware yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pendidikan islam. Dalam artikel ini sedikit sebanyak pengenalan mengenai courseware akan dibincangkan. Selain itu, turut dimuatkan kebaikanan serta kelemahan penggunaan courseware di dalam bilik darjah. Seterusnya langkah penyelesaian turut dimuatkan sebagai mengatasi kelemahan penggunaan courseware tersebut.
PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan peralihan proses pembelajaran cara lama ke proses pembelajaran berpandukan komputer. Bahan pengajaran dan pembelajaran diolah bentuk dengan menggunakan aplikasi multimedia serta dibangunkan dalam bentuk courseware. Konseppembelajaran berpandukan perisian kursus merupakan suatu pendekatan baru dan mula berkembang semenjak konsep sekolah Bestari diperkenalkan. Ruang lingkup perisian kursus ini terutamanya perisian kursus bagi subjek pendidikan Islam adalah merupakan subjek-subjek yang diajar di sekolah-sekolah. Perisian kursus ataupun bahan kursus merupakan suatu perancangan isi dan strategi pembelajaran berpandukan komputer berdasarkan objektf pengajaran dan kumpulan sasaran dan seterusnya akan dipindahkan dalam bentuk yang difahami oleh komputer. Courseware ini turut menyediakan dokumentasi yang mudah difahami oleh pelajar yang bertujuan untuk memudahkan penggunaan serta memberi gambaran yang terperinci tentang sesuatu bahan kursus itu. Lazimnya, dokumentasi disediakan secara berasingan untuk guru dan pelajar yang menggunakan courseware tersebut. Pada peringkat awal penghasilan bahan kursus ini, ia disediakan dalam bentuk disket, dokumentasi bercetak dan dipakej dalam satu kotak atau fail. Tetapi pada masa kini, courseware bagi pembelajaran berpandukan komputer ini dihasilkan dalam bentuk cakera padat kerana ruangan pengstorannya lebih besar berbanding dengan disket.
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada di jemput atau tidak dijemput.
2.ADAB TERHADAP TETAMU.
Memberikan layanan yang baik Bersifat ikhlas dan berlapang dada Menunjukkan muka yang manis Menyediakan jamuan mengikut kemampuan Menyediakan kemudahan yang baik kepada ahli keluarga 3.BATAS BATAS PERGAULAN BERSAMA-SAMA TETAMU.
Memakai pakaian bersih,Kemas dan menutup aurat. Elakkkan Melakukan Sesuatu Yang Menjatuhkan Maruah Tetamu. Memaklumkan Kepada Tetamu Sekiranya Meninggalkan rumah. Menjaga Suasana rumah.
4.KELEBIHAN ORANG YANG MENERIMA DAN MELAYANI TETAMU DENGAN BAIK.
Mendapat ganjaran Pahala dan keampunan Allah. Murah rezeki,mendapat Rahmat dan berkat Dari Allah. Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang di kunjungi. Menarik perhatian Orang yang bukan Islam terhadap Keindahan Islam. Membantu perkembangan institusi pelancongan. Mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan.
5.IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU.
Tetamu merasa dirinya Dihina dan tidak Dihormati. Menghilangkan rasa kasih sayang di kalangan masyarakat. Menimbulkan pergaduhan Dan perpecahan. Menjadikan intitusi pelancongan tidak mendapat sambutan . Menjauhkan orang bukan Islam daripada mendekati dan memahami Islam. Menjatuhkan imej diri,Masyarakat dan negara.
PendidikanIslam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.