Saturday, April 25, 2009

Designing multimedia applications

Designing multimedia applications

In instructional design, the purpose of multimedia isn't just to incorporate multiple media, insert cool effects, or add complexity (which can detract from learning). Use each medium to its advantage and to combine media so that the potential learning is greater and more effective than using single elements alone.

Different Types Of Media Can Support Different Purposes.

Many of these media types and tools appeared in earlier:

Figure 1-9:


Figure 10 : Rollover used to reveal hidden concepts.











Read More......

PENGGUNAAN COURSEWARE ATAU PERISIAN KURSUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

MOHD SYAZWAN BIN SOTIMAN

MOHD FUAD BIN ABU BAKAR

ABSTRACT

Artikel ini membincangkan mengenai penggunaan courseware yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pendidikan islam. Dalam artikel ini sedikit sebanyak pengenalan mengenai courseware akan dibincangkan. Selain itu, turut dimuatkan kebaikanan serta kelemahan penggunaan courseware di dalam bilik darjah. Seterusnya langkah penyelesaian turut dimuatkan sebagai mengatasi kelemahan penggunaan courseware tersebut.

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat telah mewujudkan peralihan proses pembelajaran cara lama ke proses pembelajaran berpandukan komputer. Bahan pengajaran dan pembelajaran diolah bentuk dengan menggunakan aplikasi multimedia serta dibangunkan dalam bentuk courseware. Konsep pembelajaran berpandukan perisian kursus merupakan suatu pendekatan baru dan mula berkembang semenjak konsep sekolah Bestari diperkenalkan. Ruang lingkup perisian kursus ini terutamanya perisian kursus bagi subjek pendidikan Islam adalah merupakan subjek-subjek yang diajar di sekolah-sekolah. Perisian kursus ataupun bahan kursus merupakan suatu perancangan isi dan strategi pembelajaran berpandukan komputer berdasarkan objektf pengajaran dan kumpulan sasaran dan seterusnya akan dipindahkan dalam bentuk yang difahami oleh komputer. Courseware ini turut menyediakan dokumentasi yang mudah difahami oleh pelajar yang bertujuan untuk memudahkan penggunaan serta memberi gambaran yang terperinci tentang sesuatu bahan kursus itu. Lazimnya, dokumentasi disediakan secara berasingan untuk guru dan pelajar yang menggunakan courseware tersebut. Pada peringkat awal penghasilan bahan kursus ini, ia disediakan dalam bentuk disket, dokumentasi bercetak dan dipakej dalam satu kotak atau fail. Tetapi pada masa kini, courseware bagi pembelajaran berpandukan komputer ini dihasilkan dalam bentuk cakera padat kerana ruangan pengstorannya lebih besar berbanding dengan disket.

Read More......

Friday, April 24, 2009

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

Tingkatan : Tiga
Masa : 80 minit
Tajuk : Adab melayan dan menerima tetamu.
Objektif Pengajaran :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat :
• Pelajar dapat menyatakan konsep tetamu.
• Pelajar dapat membezakan adab terhadap tetamu dengan tuan rumah.
• Pelajar dapat menyenaraikan adab-adab melayan tetamu.
• Pelajar dapat mengenalpasti implikasi tidak beradab terhadap tetamu.

Fokus:
Pemahaman
• Mengetahui konsep tetamu dan adab menerima dan melayan tetamu.
Amalan.
• Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada tetamu.
Penghayatan
• Sedar mengenai pentingnya menerima dan melayan tetamu dengan baik.
Pembudayaan.
• Sentiasa menjaga hati dan perasaan tetamu.

Prinsip Islam Hadhari :
• Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
• Kehidupan berkualiti.
• Keutuhan budaya dan moral.
• Penguasaan ilmu pengetahuan

Pengetahuan sedia ada :
• Murid pernah menjadi tetamu.
• Murid pernah menyambut tetamu.
• Didikan daripada ibu bapa murid.
• Murid dapat membaca dan menulis jawi.

Inginkan RPH penuh sila klik link ini
http://docs.google.com/Doc?id=dqj466r_0f2gwknwf

Read More......

Tazkirah

Thursday, May 29, 2008
Tazkirah Akhlak Islamiyyah.

Adab Melayan Tetamu.

Siapakah tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya,”Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa adab terhadap tetamu?

Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah:

1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidak mahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alasan, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.
2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segam makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.
3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah dibelakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?

Banyak kelebihannya, antaranya kita akan murah rezeki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T. Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda oleh Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.

Apa lagi yang diperoleh?

Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

Apa pula peranan kita sebagai tetamu?

Jagalah adab-adab berikut:

• Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan datang pada waktu malam, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.
• Berilah salam sebelum masuk ke rumah.
• Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.
• Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah kita ziarahi itu, minta izin dahulu. Yang itu betul.
• Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.
• Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
• Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.
Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

Read More......

Isi utama dalam tajuk adab melayan dan menerima tetamu ting.3


1.PENGERTIAN TETAMU.

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada di jemput atau tidak dijemput.

2.ADAB TERHADAP TETAMU.

Memberikan layanan yang baik
Bersifat ikhlas dan berlapang dada
Menunjukkan muka yang manis
Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
Menyediakan kemudahan yang baik kepada ahli keluarga

3.BATAS BATAS PERGAULAN BERSAMA-SAMA TETAMU.

Memakai pakaian bersih,Kemas dan menutup aurat.
Elakkkan Melakukan Sesuatu Yang Menjatuhkan Maruah Tetamu.
Memaklumkan Kepada Tetamu Sekiranya Meninggalkan rumah.
Menjaga Suasana rumah.

4.KELEBIHAN ORANG YANG MENERIMA DAN MELAYANI TETAMU DENGAN BAIK.

Mendapat ganjaran Pahala dan keampunan Allah.
Murah rezeki,mendapat Rahmat dan berkat Dari Allah.
Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang di kunjungi.
Menarik perhatian Orang yang bukan Islam terhadap Keindahan Islam.
Membantu perkembangan institusi pelancongan.
Mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan.

5.IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU.

Tetamu merasa dirinya Dihina dan tidak Dihormati.
Menghilangkan rasa kasih sayang di kalangan masyarakat.
Menimbulkan pergaduhan Dan perpecahan.
Menjadikan intitusi pelancongan tidak mendapat sambutan .
Menjauhkan orang bukan Islam daripada mendekati dan memahami Islam.
Menjatuhkan imej diri,Masyarakat dan negara.

Read More......

Saturday, April 18, 2009

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan
Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Read More......

Pengenalan

Penggunaan blog dalam pendidikan bukanlah satu-satunya kaedah yang terbaik untuk menyampaikan pembelajaran kepada pelajar. Namun ia lebih merupakan satu alternatif serta menambahkan lagi kepelbagaian dalam p&p. Selain daripada menambah teknik gutu dalam penggunaan ICT dalam bilik darjah, ia juga dapat memperkayakan pengetahuan pelajar dalam ICT sendiri. Blog dalam pendidikan. Konsep ini masih baru dalam pendidikan namun jika digunakan secara maksima ia dapat membantu para pendidik dalam mencapai sesetengah objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu cara penggunaan blog dalam pendidikan adalah dengan mengoptimumkan kelebihannya sebagai medium komunikasi di antara guru dengan pelajar.

Read More......
TERATAK SARA © 2008 Template by:
SkinCorner